Tuesday, July 3, 2007

Bipang

Bahan-bahan
  • 600gm kacang tanah tanpa kulit
  • 600gm gula kasar
  • 2 sudu besar bekse (sejenis madu, boleh didapati di kedai-kedai ubat tradisional Cina)
  • 200gm biji bijan yang sudah digoreng

Aturan
  • Kacang tanah digoreng hingga kuning.
  • Gula kasar digoreng tanpa minyak hingga warnanye bertukar perang-keemasan.
  • Masukkan bekse ke dalam larutan gula tadi, diikuti dengan kacang.
  • Taburkan sebahagian daripada biji bijan ke dalam loyang berukuran 9" x 9".
  • Tuang adunan kacang, gula dan bekse ke dalam loyang. Ratakan, dan tabur baki biji bijan ke atasnya.
  • Potong sementara masih panas.

No comments: